Fungsi dan Aktiviti

1. Mengena dan mengutip cukai di kawasan yang terletak di bawah bidangkuasanya seperti cukai pintu, cukai perkhidmatan, cukai bangunan, cukai tambahan dan lain-lain bayaran perkhidmatan;

2. Mengadakan Undang-undang Kecil seperti Undang-undang Kecil Pasar, Undang-undang Kecil Penjaja, Undang-undang Kecil Bangunan, Undang-undang Kecil Pengiklanan, Undang-undang Kecil Tempat Letak Kereta dan sebagainya.

3. Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti Tandas, Perhentian Bas di samping tempat-tempat rekreasi seperti Taman Permainan Kanak-kanak, Dewan Masyarakat, Gelanggang permainan dan tempat-tempat pelancongan

4. Bertanggungjawab ke atas pembinaan dan penyelenggaraan jalanraya-jalanraya yang terletak di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Papar;

5. Menyediakan tempat-tempat berniaga seperti Bangunan Pasar, Gerai-gerai Penjaja, Tapak Tamu, Tapak Windows. Pasar Malam dan sebagainya;

6. Mengeluarkan lesen-lesen perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil di bawah pengendaliannya (Contoh: Lesen Pasar Sayur, Lesen Pasar Ikan dan sebagainya)

7. Memeriksa dan meluluskan Pelan-pelan Bangunan tertakluk kepada kehendak dan peraturan di bawah Undang-undang Kecil Bangunan dan mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (Occupatian Certificate) ke atas bangunan-bangunan yang telah siap untuk didiami;

8. Bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan dan pengawalan kebersihan serta kecantikan pekan keseluruhannya.